BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

๑۩۞۩๑ our local ๑۩۞۩๑

hear it.. feel it.. u can do it..

Friday, July 31, 2009

Bisness Baik Punya

Macam-macam bisnes yang kita boleh jumpa sekarang. Antaranya ialah penternakan lintah, penternakan cacing, penternakan ikan dalam sangkar dan macam-macam lagi la. Namun sekarang timbul satu lagi bisnes yang hanya memerlukan modal kecil iaitu PROJEK ANAI-ANAI. Mungkin ramai yang ingat ini lawak, tapi hakikat nya memang ada. Kelebihan yang berbeza dari yang lain-lain ialah:
  • Modal yang murah
  • Baka yang cepat membiak
  • Pulangan keuntungan yang lumayan
  • Kos penjagaan yang senang
  • Mudah untuk di ternak
  • Stokis disediakan untuk yang kurang mampu
  • Jimat untuk merobohkan rumah (x payah pakai kren)
Anai-anai kami ini terdiri dari pelbagai warna, bentuk, jantina dan saiz. Sesiapa yang ingin menempah boleh hubungi kami di +6007007007 ataw terus datang ke stokis kami yang berdekatan. Segala apa yang anda baca ini boleh merubah masa depan anda dari seorang kaya raya kepada pape kedana.. toing-toing-toing...

0 kata-kata kesat: