BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

๑۩۞۩๑ our local ๑۩۞۩๑

hear it.. feel it.. u can do it..

Friday, July 31, 2009

MENANTU ke HANTU??

Kisah ini direka semata-mata oleh saya, namun jika diteliti, mungkin perkara ini pernah berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Jadi, renung2kan la..

Alkisah, maka tersebut la kisah, sang kancil datang beramai-ramai menghadap sultan firaun, mana firaun pakai sultan, toyibbbbb....

Cerita dia bermula macam ni, pada satu petang di bulan Ramadhan, sepasang pelajar yang berkasih iaitu azam dan nora bercadang untuk berbuka puasa di luar, lalu si azam membawa nora ke kafe yang tidak jauh dari hostel mereka. Mereka pun berbuka la di situ. Semasa sedang menjamu selera, nora mendapat panggilan telefon dari ibu nya yang bertanya kan khabar. Nora pun menjawab la segala pertanyaan si ibu.

Dalam perbualan tersebut, nora memberitahu yang dia berbuka puasa bersama kawan lelaki nya iaitu azam, dan di kenal kan si azam dengan ibu nora di telefon. Sopan sahaja bahasa yang digunakan azam (nak pikat bakal mak mertua la kata kan). Selepas sahaja abis perbualan di telefon, mereka pun sambung berbuka puasa.

Hari tu sahaja pasangan tersebut berbuka puasa bersama-sama, kerana pada malam yang lain, azam sibuk dengan sembahyang terawaih. "tak apa lah kalau x dapat jumpa, janji dia tak lupa akan tanggung jawab nyer kepada agama" kata si wanita di dalam hati. Kringgg..krinnggg.... telefon berbunyi, panggilan daripada ibu wanita tersebut. Seperti biasa si ibu bertanya kan khabar tentang anak nya.

"Tak keluar berbuka puasa ke hari ini, x pergi kuar jumpa azam?" kata ibu kepada nora. Nora menjawab " tak ibu, azam sibuk sekarang ni, malam pula sembahyang terawih, mana sempat nak berbuka sama-sama, lagi la kalau nak jumpa". Si ibu hanya senyum sahaja mendengar kata-kata anak nya. Dalam hati si ibu berdetik "bagus nyer la budak azam tu, sopan, peramah, kuat agama".

Tik..tok..tik..tok..tik..tok.. Masa semakin berlalu, Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi, cuma tinggal 2 hari sahaja lagi. Hari ini masing-masing akan pulang ke kampung, maka berpisah la pasangan tersebut buat seketika. Nora memberitahu kepada azam bahawa keluarga nya menjemput dia datang kerumah time raya nanti, azam pun mengangguk la tanda setuju.

Pada hari raya ke-4, pasangan tersebut kembali semula ke universiti. "Azam, minggu ni kita balik rumah nora ok, azam da janji kan ingin berjumpa dengan family nora". Azam hanya tunduk sebagai tanda setuju. Pada hari raya ke-8, mereka pun pulang ke rumah nora. Wah, azam di sambut bagaikan raja, maklum la, bakal menantu nak datang rumah. Selepas berkenalan dengan family nora, azam pun ke kamar untuk berehat.

Pada malam hari, mereka sekeluarga pun berkumpul la beramai-ramai. Namun azam tidak kelihatan. "Mana azam nora? pergi panggil dia kat bilik tu, wat pe la sorang-sorang kat sana, mari ajak berbual-bual di sini". Kata ayah nora ke padanya. "Mungkin azam tengah sembahyang tu ayah, nanti keluar la dia tu" jawab nora. "Wah, bagus nyer azam tu kan, jaga sembahyang nyer, tak tinggal pun" kata ayah nora kepada isteri nya.

Ayam berkokok, jam menunjukkan pukul 5 pagi, nora pergi ke bilik azam dan mengejutnya agar bangun sembahyang subuh, azam bangun lalu membersihkan diri. Lalu azam terus ke bilik nya untuk sembahyang sebuh, belum sempat azam ke kamar nya, ayah nora memanggil nya. "Azam, mari sini nak, kita sembahyang berjemaah bersama-sama". Azam menolak pada mula nya namun selepas di pujuk berkali-kali, azam akur. "Ok azam, kamu jadi imam, kami semua makmum nya" kata ibu nora. Azam terpingga-pingga, perasaan takut bercampur seram mula menyelubungi nya.

"Allahuakbar" azam menangkat takbir. Ini kali pertama azam menjadi imam, kerana sebelum ni dia hanya mengikut sahaja. Rakaat pertama selesai, lalu bangun untuk rakaat kedua, azam terlupa membaca doa qunut. "Azam ni terlupa ke nak baca doa qunut?" kata ayah nora di dalam hati. Selepas duduk tahiyat, azam bangun untuk melakukan rakaat ketiga. Ayah nora berasa pelik, bukan ke solat subuh 2 rakaat sahaja.

Akhirnya selepas rakaat ketiga azam melakukan tahiyat akhir dan memberi salam. "Fuh, selesai azab aku" kata azam di dalam hati. Ayah nora bertanya kepada azam "Azam, kamu terlupa baca doa qunut ya? kenapa kamu buat sampai 3 rakaat azam? Azam berasa pelik, lalu menjawab soalan yang di tanya oleh ayah nora dengan penuh semangat.

"Yeke pakcik 3 rakaat..? saya terlupa la tu pakcik, saya ingat kan da 4 rakaat da tadi" jawab azam dengan selamba nya. Ayah nora pon terpaku mendengar kata-kata dari azam. " Biar betul budak azam ni solat subuh 4 rakaat" ayah nora hanya menggelengkan kepala dan menerangkan hal yang sebenarnya kepada azam. Azam tertunduk segan kepada family nora dan berjanji akan belajar sembahyang.

Jadi kawan-kawan, apa yang dilakukan oleh azam sebenar nya, adakah betol puasa n solat terawih yang dilakukan azam? jadi.. korang pikir la sendiri.. Assalamualaikum WBT.

*Nama dan watak yang di paparkan ini hanya rekaan semata-mata, hanya sekadar untuk renungan.

0 kata-kata kesat: