BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

๑۩۞۩๑ our local ๑۩۞۩๑

hear it.. feel it.. u can do it..

Thursday, September 17, 2009

Syabas MALAYSIA..

PUTRAJAYA: Pasukan Formula Satu (F1) Malaysia akan bertarung di lapangan F1 di seluruh dunia mulai musim depan berbekalkan kereta, pemandu dan pasukan sokongan terdiri daripada rakyat negara ini.

Perdana Menteri berkata, pasukan yang diberi nama 1Malaysia F1 Team itu adalah usaha sama antara kerajaan dan sektor swasta dengan membabitkan teknologi Proton dan Lotus, serta mendapat sokongan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

“Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media itu. Turut hadir Pengarah 1Malaysia F1 Team, Zahri Ismail dan Pengerusi Proton Holdings, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

“Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan,” katanya.

0 kata-kata kesat: