BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

๑۩۞۩๑ our local ๑۩۞۩๑

hear it.. feel it.. u can do it..

Friday, July 31, 2009

MENANTU ke HANTU??

Kisah ini direka semata-mata oleh saya, namun jika diteliti, mungkin perkara ini pernah berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Jadi, renung2kan la..

Alkisah, maka tersebut la kisah, sang kancil datang beramai-ramai menghadap sultan firaun, mana firaun pakai sultan, toyibbbbb....

Cerita dia bermula macam ni, pada satu petang di bulan Ramadhan, sepasang pelajar yang berkasih iaitu azam dan nora bercadang untuk berbuka puasa di luar, lalu si azam membawa nora ke kafe yang tidak jauh dari hostel mereka. Mereka pun berbuka la di situ. Semasa sedang menjamu selera, nora mendapat panggilan telefon dari ibu nya yang bertanya kan khabar. Nora pun menjawab la segala pertanyaan si ibu.

Dalam perbualan tersebut, nora memberitahu yang dia berbuka puasa bersama kawan lelaki nya iaitu azam, dan di kenal kan si azam dengan ibu nora di telefon. Sopan sahaja bahasa yang digunakan azam (nak pikat bakal mak mertua la kata kan). Selepas sahaja abis perbualan di telefon, mereka pun sambung berbuka puasa.

Hari tu sahaja pasangan tersebut berbuka puasa bersama-sama, kerana pada malam yang lain, azam sibuk dengan sembahyang terawaih. "tak apa lah kalau x dapat jumpa, janji dia tak lupa akan tanggung jawab nyer kepada agama" kata si wanita di dalam hati. Kringgg..krinnggg.... telefon berbunyi, panggilan daripada ibu wanita tersebut. Seperti biasa si ibu bertanya kan khabar tentang anak nya.

"Tak keluar berbuka puasa ke hari ini, x pergi kuar jumpa azam?" kata ibu kepada nora. Nora menjawab " tak ibu, azam sibuk sekarang ni, malam pula sembahyang terawih, mana sempat nak berbuka sama-sama, lagi la kalau nak jumpa". Si ibu hanya senyum sahaja mendengar kata-kata anak nya. Dalam hati si ibu berdetik "bagus nyer la budak azam tu, sopan, peramah, kuat agama".

Tik..tok..tik..tok..tik..tok.. Masa semakin berlalu, Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi, cuma tinggal 2 hari sahaja lagi. Hari ini masing-masing akan pulang ke kampung, maka berpisah la pasangan tersebut buat seketika. Nora memberitahu kepada azam bahawa keluarga nya menjemput dia datang kerumah time raya nanti, azam pun mengangguk la tanda setuju.

Pada hari raya ke-4, pasangan tersebut kembali semula ke universiti. "Azam, minggu ni kita balik rumah nora ok, azam da janji kan ingin berjumpa dengan family nora". Azam hanya tunduk sebagai tanda setuju. Pada hari raya ke-8, mereka pun pulang ke rumah nora. Wah, azam di sambut bagaikan raja, maklum la, bakal menantu nak datang rumah. Selepas berkenalan dengan family nora, azam pun ke kamar untuk berehat.

Pada malam hari, mereka sekeluarga pun berkumpul la beramai-ramai. Namun azam tidak kelihatan. "Mana azam nora? pergi panggil dia kat bilik tu, wat pe la sorang-sorang kat sana, mari ajak berbual-bual di sini". Kata ayah nora ke padanya. "Mungkin azam tengah sembahyang tu ayah, nanti keluar la dia tu" jawab nora. "Wah, bagus nyer azam tu kan, jaga sembahyang nyer, tak tinggal pun" kata ayah nora kepada isteri nya.

Ayam berkokok, jam menunjukkan pukul 5 pagi, nora pergi ke bilik azam dan mengejutnya agar bangun sembahyang subuh, azam bangun lalu membersihkan diri. Lalu azam terus ke bilik nya untuk sembahyang sebuh, belum sempat azam ke kamar nya, ayah nora memanggil nya. "Azam, mari sini nak, kita sembahyang berjemaah bersama-sama". Azam menolak pada mula nya namun selepas di pujuk berkali-kali, azam akur. "Ok azam, kamu jadi imam, kami semua makmum nya" kata ibu nora. Azam terpingga-pingga, perasaan takut bercampur seram mula menyelubungi nya.

"Allahuakbar" azam menangkat takbir. Ini kali pertama azam menjadi imam, kerana sebelum ni dia hanya mengikut sahaja. Rakaat pertama selesai, lalu bangun untuk rakaat kedua, azam terlupa membaca doa qunut. "Azam ni terlupa ke nak baca doa qunut?" kata ayah nora di dalam hati. Selepas duduk tahiyat, azam bangun untuk melakukan rakaat ketiga. Ayah nora berasa pelik, bukan ke solat subuh 2 rakaat sahaja.

Akhirnya selepas rakaat ketiga azam melakukan tahiyat akhir dan memberi salam. "Fuh, selesai azab aku" kata azam di dalam hati. Ayah nora bertanya kepada azam "Azam, kamu terlupa baca doa qunut ya? kenapa kamu buat sampai 3 rakaat azam? Azam berasa pelik, lalu menjawab soalan yang di tanya oleh ayah nora dengan penuh semangat.

"Yeke pakcik 3 rakaat..? saya terlupa la tu pakcik, saya ingat kan da 4 rakaat da tadi" jawab azam dengan selamba nya. Ayah nora pon terpaku mendengar kata-kata dari azam. " Biar betul budak azam ni solat subuh 4 rakaat" ayah nora hanya menggelengkan kepala dan menerangkan hal yang sebenarnya kepada azam. Azam tertunduk segan kepada family nora dan berjanji akan belajar sembahyang.

Jadi kawan-kawan, apa yang dilakukan oleh azam sebenar nya, adakah betol puasa n solat terawih yang dilakukan azam? jadi.. korang pikir la sendiri.. Assalamualaikum WBT.

*Nama dan watak yang di paparkan ini hanya rekaan semata-mata, hanya sekadar untuk renungan.

Lawak JAKARTA dan PHEWITT..

Seorang pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin namun tidak pernah melakukan persetubuhan. Pasangan itu datang berjumpa seorang pakar mencerita kan cerita yang dihadapi, selepas diselidik dan dikaji, didapati si suami menhadapi masalah mati pucuk. Si suami pon pergi la berubat, berjumpa bomoh, dukun, pawang namun tidak juga membuahkan hasil.

Akhirnya si suami berjumpa seorang teman lama dan bertanya apakah cara perubatan yang patot di lakukan, si teman mencadangkan agar dia ke JAKARTA kerana disana ada orang yang boleh mengubati penyakit mati pucuk. Si suami pun berangkat la ke Jakarta, setibanya disana si suami menceritakan masalah nya pada orang tersebut. Si dukun pun berkata:

"senang aja mas ini ubat nya, begini cara nya, lo harus membaca jampi yang guwe ajar, dan jampi ini hanya boleh digunakan hanya 3 kali sahaja. Lo harus menyebut JAKARTA jika mahu melakukan ranjang dan menyebut PHEWIIT jika mahu berhenti".


Si suami pon berkata dalam hati, ok juga kalau macam tu, 3 kali pon xpela, janji aku dapat melakukan nyer. Si suami pon berangkat pulang ke kuala lumpur. Semasa di lapagan terbang si suami terdengar la pengumuman tentang penerbangan.

"Penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur akan berlepas 30minit dari sekarang, sila masuk kedalam pesawat"

Selepas mendengar pengumunan itu, maka bangkit la keris si suami. "aduh, boleh naik lak time ni, siot betol la orang ni, arghh ni x boleh jadi ni, Phewiittt" maka jatuh la sendiri keris si suami. Kini cuma tinggal 2 kali peluang untuk si suami.

Setibanya di Kuala Lumpur, si suami terus mendapatkan teksi kerana tidak sabar untuk berjumpa isteri nya dirumah. Sebaik menaiki teksi, si pemandu teksi pon bertanya, "pulang dari mana ni encik? pergi melancong ke ataw urusan kerja?. Si suami pon menjawab " baru pulang dari indonesia, atas urusan peribadi". "ke Jakarta ke encik", tanya si pemandu teksi. Dengan tak semena-menanya maka naik lagi keris si suami.

Si suami mengeluh dalam hati " adoi, sebut Jakarta pulak si driver teksi ni, aku pelangkong kepala driver ni kan". Maka si suami pun menyebut Phewiit lalu turun semua keris si suami. Akhirnya si suami tiba di perkarangan rumah nyer.

"Sayang, abang da balik da ni, sekarang abang da jumpa da penawar bagi masalah abang". Jerit si suami keriangan kepada isteri nya. Mereka pun masuk la ke dalam bilik, masing-masing sudah bersiap sedia untuk SHOW TIME. Si isteri pun bertanya kepada suami nya "abang, tak naik pon keris abg tu, kata da pergi berubat, sama je macam yang sebelom ni".

Si suami dengan berasa bangga nyer menjawab "Sayang tunggu la abg nak tunjuk ni, sayang jangan terjekut taw". Si suami pun menjerit dengan sekuat hati "Jakarta..!!!!!!!!!!". Maka bangun la keris si suami dengan begitu mempersonakan. Si isteri bagaikan tidak percaya. Si suami tersenyum sipu melihat reaksi dari isteri nyer.

"Phewitt, besar nya abang, sampai terbeliak mata ayang tengok ni" si isteri berkata kepada suami nya. Lalu keris si suami pun turun la dengan sendiri nya. "Aduh ayang, kenapa ayang sebut phewitt? langsung da tak boleh naik da keris abang ni". Si isteri terpinga-pinga akan kata-kata suami nya itu.

Si suami terduduk di sudut katil sambil mengerut-ngerut dahi nyer. Apa yang diusahakan kini hanya sia-sia semata. Demikian la tadi cerita tentang pasangan suami isteri yang malang ini. Akhir kata dari saya, Assalamualaikum WBT.

*keris = kemaluan lelaki

Bisness Baik Punya

Macam-macam bisnes yang kita boleh jumpa sekarang. Antaranya ialah penternakan lintah, penternakan cacing, penternakan ikan dalam sangkar dan macam-macam lagi la. Namun sekarang timbul satu lagi bisnes yang hanya memerlukan modal kecil iaitu PROJEK ANAI-ANAI. Mungkin ramai yang ingat ini lawak, tapi hakikat nya memang ada. Kelebihan yang berbeza dari yang lain-lain ialah:
  • Modal yang murah
  • Baka yang cepat membiak
  • Pulangan keuntungan yang lumayan
  • Kos penjagaan yang senang
  • Mudah untuk di ternak
  • Stokis disediakan untuk yang kurang mampu
  • Jimat untuk merobohkan rumah (x payah pakai kren)
Anai-anai kami ini terdiri dari pelbagai warna, bentuk, jantina dan saiz. Sesiapa yang ingin menempah boleh hubungi kami di +6007007007 ataw terus datang ke stokis kami yang berdekatan. Segala apa yang anda baca ini boleh merubah masa depan anda dari seorang kaya raya kepada pape kedana.. toing-toing-toing...

Thursday, July 30, 2009

Tambah Kenalan

Dengan kemunculan blog ini, ia dapat membantu aku untuk menyampaikan serta meluahkan apa jua pendapat aku tentang diri aku dan alam sekeliling. Namun bukan terhad pada 1 aplikasi sahaja, banyak lagi cara yang boleh aku guna kan untuk berhubung, so kalau korang nak beramah mesra dengan aku, boleh la layari ke:



Myspace di: www.myspace.com/arul_daniel


Facebook di alamat email:buyut_stylo@yahoo.com

Yahoo Massanger di: buyut_stylo@yahoo.com

Camfrog video chat di username: arul_daniel


Tagged.com di alamat email: buyut_stylo@yahoo.com


Skype di alamat email: buyut_stylo@yahoo.com

Friendster di alamat email: buyut_stylo@yahoo.com


So korang boleh la cari aku di alamat-alamat email yang aku sertakan tadi, semoga kita mampu jadi teman yang bisa membantu antara satu sama lain. Sekian sahaja. Assalamualaikum WBT.

Wednesday, July 29, 2009

Sakit Gigi


Arghhh... sakit gila gigi aku.. berdenyut-denyut macam nak tercabut kepala aku ni. Betol la kata orang-orang tua, sakit gigi ni lagi sakit dari bersunat (untuk lelaki jer). Ya ALLAH pedih gila ni, tertonggeng-tonggeng aku menahan sakit. Sebenarnya da lama da gigi aku ni sakit, dari minggu lepas lagi, tapi xde la sakit mcm yang aku rasa hari ni. Memang nak kena pi cabut ni, da tak tahan sangat da menahan sakit. Dugaan yang besar aku kena tempoh.. adoyai.. ni xleh jadi ni, dari aku menahan sakit lagi baik aku kuar modal pegi cabut gigi. Azab nyer tak dapat aku bayang kan. Kalau korang kena nanti, korang rasa la sendiri..

Tuesday, July 28, 2009

Avenged Sevenfold (A7X)

Mesti korang pelik kan, kenapa aku minat sangat dengan band ni. Kalau korang nak taw kenapa, sebab nya ialah:
  1. MUSIC dorang berbeza dari yang lain.
  2. PERFORMANCE dorang gempak giler.
  3. LOGO dorang smart, aku siap wat grafiti lagi kt bilik aku.
  4. LIVE show dorang terlalu dasyat beb.
  5. yang paling penting, kepala LAYAN kalau dengar lagu dorang.

Antara lagu2 dorang yang best n layan kepala adalah:
  1. A Little Piece Of Heaven
  2. Afterlife
  3. Dear God
  4. Seize The Day
  5. Bat Country
  6. M.I.A
  7. Scream
  8. Burn It Down
dan banyak lagi la lagu-lagu dorang yang best, kalau aku nak tulis memang penuh ruangan ni. Apa-apa pun Avenged Sevenfold (A7X) tetap mantap, dulu kini dan selamanya aku akan support band ni. Namun hampa sikit sebab band ni tak datang malaysia lagi, kalau datang memang aku orang pertama yang akan beli tiket dulu. Untuk semua, aku harap kan korang dengar la lagu dari band ni, leh hilang kan stress beb kalau dengar, kompem wa cakap sama lu.. Ok semua, berjumpa kita lagi dilain masa dan waktu. bye.. Assalamualaikum WBT

Al-Fatihah..

Tazkiah buat Yasmin Ahmad.Mungkin blog nya tidak akan wujud lagi

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

yasminahmad Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. – Bernama

Resume Mantap

pade sape yang berhajat mencari kerja baru atau baru coba2 nak cari keje. nie ade contoh ckit care nak buat resume .

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

hapew mcm ok ke ko?

Stress (tekanan jiwa)



Selamat pagi malaysia.. Hehehe.. Hari ini hari selasa, so kalau dah hari selasa ni, selalu nyer ada pasar malam jogjakarta. Kenapa aku panggil jogja ada kerana di pasar malam tu ramai betol mat-mat indon dok bertenggek, kalau pegi sana da macam bukan warganegara malaysia adoyai pelik-pelik la dorg ni, buat negara ni macam negara dorang, tapi selagi tak kacau orang aku leh terima, kalau wat hal memang tunggu la korg aku hantar bom kt sana. guehehehe. Saje je aku tulis blog ni, nak hilangkan rasa boring dan bosan yang aku tengah alami sekarang ni. Maklum la tekanan hidup makin berleluasa sampai stress di buat nya. Namun semua ni dapat aku atasi dengan ada nya cara berpikir yang aku belajar dari pakar motivasi iaitu Dr Fadhilah Kamsah. Aku ingat lagi kata-kata nya yang berbunyi:

"kalau anda sukar menangani stress ya, yang mana keadaan diri anda sebenar nya telah dikawal oleh syaitan, syaitan yang sentiasa menghasut kita agar membuat sesuatu aktiviti yang kurang bermoral ya, ingat ya anak-anak, tangini stress dengan sebaik-baik nya, berfikiran positif, insya-ALLAH anak-anak akan berjaya"

Wah, mendalam sungguh makna nya tu. So korang semua aku nasihatkan agar bijak la menangani stress ni, kalau kita stress semua yang kita wat rasa tak kena, cepat marah, kesihatan terjejas, jadi amik masa berehat, tenangkan fikiran dan sentiasa berfikir rasioanal. Aduh, lapar la pulak perut aku pagi-pagi ni (maklumla x sarapan lagi). Lapar gila-gila, tunggu jap ea, aku nk pergi wat air jap. 5 minit jer. Im back!! hehe.. aku wat air nescafe je ni. Korang jangan marah lak ok.. aku wat untuk aku je ni.. hehe.. korang kalau nak korang wat sendiri la. Wakakaka.. Ok lah, sekian je cerita aku yang aku nak kongsi dengan korang, ada kerja yang perlu aku selesaikan, so kita jumpa dilain masa ok, dengan pelbagai lagi cerita yang terbaru, but korang semua, amik iktibar dari apa yang kita lalui kerana ianya adalah kehidupan yang menggerakkan kita, ingat! hidup ini umpama sebuah roda yang berputar, ada masa nya kita jauh dibawah dan ada masa nya kita dijulang diatas, jadi jangan la kita bongkak kerana ianya hanya memakan diri kita sendiri. Selama yang kita nikmati ini hanya pinjaman semata-mata. Ok semua, bye.. Assalamualaikum WBT.

Monday, July 27, 2009

Gotong royong

Salam.. aduh, sakit nye tangan n kaki aku ni.. sebab nye aku and adik-adik ku bergotong royong tadi, mengemaskan halaman rumah. Penat sungguh, yela nak kena alih itu, alih ini, susun itu, susun ini dan macam-macam lagi benda la yang ketorang buat. Sampai kan kepala adika aku terhantok kat dinding. wakakaka. Memang kelakar tapi seronok juga, yela bukan nyer selalu kitaorang buat macam ni, tengah malam pulak tu, nasib baik la tak kena marah dengan jiran kitaorang. Mana tak nyer kemas nyer sikit gelak nyer lak satu apartment ni boleh dengar.hehehehe. Mama aku cakap esok ada orang nak datang, nak wat renovation skit kat bahagian hall umah aku, tu pasal la kena kemas, senang untuk dorang wat keje esok. Aku pun apa lagi, mula la merekrut adik-adik aku, berbekalkan upah RM5 seorang, laju je dorang wat keje. Dalam kemas-kemas tu, aku terjumpa la kasut lama aku, kasut kesayangan aku selama ini, patut la lama cari tak jumpa. Tapi, sayang nyer da tak rupa macam kasut, sedih tgk wo. Rasa nak melalak je aku time tu. Kasut tu aku beli 2 tahun yang lepas, brand from LACOSTE. Da hancur da kasut tu, sayang aku nak buang. Tapi tak pe lah, yang penting kasut tu x kena curi dengan perampok, macam kes member aku, 3 pasang kasut hilang dalam 1 malam, melalak dia, kasut up-to-date lak tu. Fuh, kalau aku la mau menangis 3 hari 3 malam beb. Dalam sebok2 kemas tu macam2 lagi benda la aku jumpa. Antaranya ialah:
  1. Barang spair part motor lama aku. (E kali 5 @ EX5)
  2. Duit-duit syiling peninggalan adik-beradik ku.
  3. Mesin oksigen aquarium aku yang da rosak.
  4. Body kit kancil turbo mak aku. (side mirror n cover pintu jer).
  5. Khemah Zul yang aku pinjam dlu tapi x pulang2 lagi.
hahahaha... da macam taman simpanan da umah aku ni, macam-macam benda ada, silap-silap kalau lama la aku tinggalkan mungkin ada kerbau seekor kot dalam umah ni. waakakakaka. Apa-apa pun benda ni bagus jugak untuk kitaorang, leh basmi penyakit-penyakit yang ada sekarang ni terutama DENGGI. Sebut pasal denggi ni, adoyai lupa lak aku nak melawat sepupu aku, baru kuar dari hospital akibat denggi, esok la aku pegi melawat dia, sian pulak kat dia, time aku sakit aritu dia la yang teman aku kt hospital. Time ni la aku nak balas jasa dia kan. Oklah time pon da pukul 12.04am ni, aku da ngntok gila da ni, tahap cipan laut yang kesejukan. Ok semua semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum wbt.

Game, Hobi dan juga Masa Hadapan

Hahaha... bertemu lagi kita diruangan ini. GAME? wah, sebut jer pasal game mesti korg teringat kan SUPER MARIO, TETRIS, STREET FIGHTER, NEED FOR SPEED dan lain-lain. Namun zaman sekarang ni macam-macam jenis game yang muncul bagaikan cendawan. Sampaikan aku sendiri pon xleh nak update memory aku yang bersaiz 512mb ni untuk menghafal nama-nama game. Ada orang cakap game ni bagus la, yang tu best la, yang sana tu mantap la, namun dalam banyak-banyak game yang paling aku minati dari dulu sampai sekarang adalah KONDA-KONDI. waakakaka.. tu salah satu game yang mencabar. Tapi anak-anak zaman sekarang ni susah da nak jumpa game2 tradisional ni. Cakap lagi pasal game ni, sekarang macam-macam tempat kita leh jumpa game dan salah satu contoh nya adalah game APPLICATION yang boleh dijumpai di MYSPACE, TAGGED, FACEBOOK dan banyak lagi. Antara yang tengah hot sekarang ni adalah TEXAS HOLDEM POKER, MAFIA WARS, dan macam-macam lagi la. Bak kata astro.. macam-macam ada... namum ada baik dan ada keburukan juga benda-benda ni. Kita tengok dlu dari segi kebaikan nya. Antara kebaikan yang kita perolehi ialah kita leh kembangkan idea kita, disamping itu juga kita boleh berhubung dengan segala umat manusia dari pelusuk dunia, boleh mengenali budaya luar serta dapat memperkenalkan budaya kita di mata dunia. Namun begitu ada juga keburukan yang kita perolehi, contoh nye adalah membuang masa dengan sia-sia yang mana kita leka bermain game, anak-anak mudah terpengaruh dengan budaya asing, dan yang paling menakutkan, anak-anak meniru aksi2 yang ada didalam aplikasi permainan tersebut. Jadi terpulang la bagaimana kita menilai sendiri ini kerana semua masa depan kita adalah kita sendiri yang tentukan. So, buka minda kembangkan akal. ANDA MAMPU MENGUBAH NYA. hehehe.. Akhir kata dari saya.. ASSALAMUALAIKUM WBT.

Salam Perkenalan


Hai smua.. Salam kenal saya ucapkan.. buat sape yg belom mengenali diri ini.. saya ingin memperkenalkan diri saya.. MOHD INDRUL NAZRIM BIN MOHD SHAH itulah nama yang parents aku bagi masa 13hb March 1988 dan sampai sekarang aku menggunakan nama itu selaian nama ARUL dan juga DANIEL. sekarang aku menetap di DESA PANDAN, KUALA LUMPUR dan tidak ku lupa tanah kelahiran ku ialah di TELUK INTAN, PERAK. Graduan dari KOLEJ YAYASAN MELAKA dalam kursus DIPLOMA IN COMPUTER TECHNOLOGY dan mendapat dorongan daripada keluarga iaitu my mom AZIZAH BTE ZURAIMI and my dad MOHD SHAH BIN HASSAN dan juga daripada ADIK-ADIK ku yang lain. bagi aku ANAK SULUNG dari 4 orang adik beradik ini mempunyai tugas yang besar dan mencabar iaitu selain dari menjaminkan masa hadapan yang bagus untuk family, ia juga menjamin masa depan untuk insan yang tercinta.segala persefahaman diperlukan untuk mencapai apa yang kita ingin kan. Buat rakan-rakan dan teman ku sekalian, tiada apa yang lebih sempurna melainkan kalian semua. 0176013711 adalah number yang boleh di hubungi jika kalian memerlukan apa-apa PENDAPAT mahu pun SOAL JAWAB berkaitan dengan diri saya mahu pun ada. selain itu buyut_stylo@yahoo.com ataupun di arul_daniel_shah@yahoo.com juga boleh digunakan sekiranya mahu bertanyakan segala apa yang ingin diketahui. MYSPACE , TAGGED, FACEBOOK dan YAHOO MESSENGER menjadi teman. Semoga hidup lebih SEMPURNA dan pastikan tiada curiga dalam kehidupan. ASSALAMUALAIKUM.