BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

๑۩۞۩๑ our local ๑۩۞۩๑

hear it.. feel it.. u can do it..

Monday, August 31, 2009

Simpati jugak ni...

Ya ALLAH.. Semoga engkau ketemukan semula COCO dengan tuan nya.

coco tidur

semoga COCO selamat lah hendak nyer.. Amin Ya Rabbal Alamin..
untuk berita lanjut boleh la klik di sini

Puasa dan Maksiat

Hari ni masok hari yang ke-10 kita berpuasa..
hanya tinggal lagi 2/3 bulan jer nak sambut raya
Dalam sibuk berpuasa, sempat lagi la aku dan
kawan-kawan aku g sahur diluar..
lokasi ni ialah di sekitar desa pandan, KL...

atam dan bob menikmati juadah sahur.. Namun makanan dorang x abis sebab dok kusyuk men mesej. Padahal mesej sebelah-sebelah jer tu.. haha

namun, dalam pada itu, kitorang berjaya la menangkap pasangan
remaja yang sedang asyik dibuai nafsu.
Tanpa memikirkan bulan RAMADHAN yang mulia,
mereka sanggup melakukan perkara terkutuk
yang mana dilaknat oleh ALLAH SWT.

lokasi berhampiran kedai jual surat khabar uncle johan, sebelah kedai soya aku pulak tu.. Ada ke patot dorang ni..




Merdeka....!!!

Selamat hari kemerdekaan yang ke-52.. Semoga malaysia sentiasa mencapai keamanan dan sentiasa dilimpahi dengan rahmat. 1 Malaysia - Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sewajar dengan saranan yang dilaungkan oleh kerajaan, kita harus la bersama-sama bersatu sebagai satu rakyat malaysia dalam menjaga nama baik negara kita di mata dunia..


Dan bersemperna dengan hari kemerdekaan ini, jgn la kita lupa pada jasa-jasa pahlawan negara kita yang telah berjuang demi mendapatkan kemerdekaan daripada pihak british. AL-FATIHAH dihulurkan pada pejuang-pejuang bangsa malaysia. Akhir kata, semoga apa yang kita kecapi pada hari ini, hendak lah dijaga dan diselia dengan terapi agar maruah bangsa kita tidak terus dizalimi.. Sekian.. Assalamualaikum WBT.

Saturday, August 29, 2009

Hi 5 live in Genting Highland


wow!! konsert Hi5 kt genting..
x sabar rasa nyer nak g tgk..
minat giler kt dorang tu..
nak taw kenapa aku nk g sgt..??

  • sebab dorang menari hapening
  • sebab lagu dorang best giler
  • sebab ada awek cun.. (hahaha)
  • sebab aku dapat tiket free.. (boss yg manage)
so.. pas buka arini.. siap2 la naik genting...
stand by apa yang patot..
hehe.. semoga jmpa di lain entry ok..
Assalamualaikum WBT.

Demam

hai kawan2.. smua sihat ker..??
moga2 diharap kalian smua dalam
keadaan sihat sejahtera la hendaknya..
i demam la.. mybe asyik kena hujan je
tiap2 petang.. doakan i cepat sembuh ok..
apa2 pon.. jaga la diri anda..
salam sayang dari saya..
Assalamualaikum WBT.

Thursday, August 27, 2009

kahwin??

woi.. muka aku ni ada macam da kawen ker..??
pelik2.. ada orang cakap aku da kawen...
ada anak lak tu.. padahal aku nk makan pon kadang2 x ckup..
ni lagi nak sara anak orang...
jawab sket dik non..
bye... Assalamualaikum WBT..

Sakit Perut

Da.. dia wat hal lak time2 mcm ni..
leh sakit perut lak..
tahan jela sampai buka nnt..

Tuesday, August 25, 2009

Tahniah

Alhamdulillah.. tahniah kepada Wakil Parti yang menang
dipilihan raya Permatang Pasir.
Dan bagi yang kalah, gunakan identiti anda yang sebenar
dan jangan la mengelirukan mata rakyat.
Dan yang menang, jalan kan kewajipan anda sewajarnya
sebagai seorang wakil rakyat.

Keletihan

Aaaarrrggggggghhhhhhhhhh..
Penat gila la arini berniaga..
Bagai nak tercabut badan-badan ni..

Monday, August 24, 2009

Bazaar Ramadhan

Bulan puasa bazaar ramadhan la tempat aku lepak..
bukan lepak biasa, tapi berniaga AIR SOYA.
X taw mcm mner nak buat soya..??
mari saya tunjuk kan..


Di mulakan dengan 2 kilo kacang soya gred AA keluaran syarikat keluarga maat bin sentul.

Di rendam semalaman di bawah cahaya lampu kalimantan panjang dengan kadar suhu bilik tidur utama.

Kemudian dikisar mengunakan jentera yang diberi nama eskelandus yang mempunyai daya ingatan setinggi 8GB, kuasa enjin RX7 turbo dicampurkan dengan saiz enjin kereta perodua kancil 850.


Kemudian masak kan sehingga mendidih bagaikan bebola api dari planet namek. maka tercipta la suatu air yang diberi nama AIR SOYA.

Sunday, August 23, 2009

Melankolik Menerjah Awan Kelabu Asap


Assalamualaikum WBT semua...
apa khabar anda hari ni..?
sihat ke semua nya.. harap begitu la..
pena kucoretkan di atas kertas hina membawa versi
baru dalam aspek kehidupan semasa..
sang arjuna mencari cinta masih lagi dengan angan-angan
mak jenin nyer mencapai kekayaan berbekalkan sebiji
buah durian kehitaman..
namun ini bukan kisah yang saya nk kongsikan bersama..

Saat pari-pari terbang bersama angin, saat nasi dimamah
mulut ada insan yang terbiar namun sengaja dibiarkan..
alasan nya berdikari iaitu berdiri dengan kaki kanan dan bukan kaki kiri..
IRFAN nama insan yang istimewa kerna?? bukan segala nya
yang kita ingin kan dapat diberikan dengan senang..
disaat kanak-kanak sebaya nya bermain basikal, dia hanya
mampu membawa pocket bike mini nyer bersiar-siar..
disaat anak2 kecik bermain seruling, si kecil ini sedang melayan
DOTA dihalaman rumah..
namun, sejauh mana kebebasan ini benar2 terbukti??

Kekurangan kasih sayang membuatkan anak kecil ini
begitu tabah mengharungi cabaran liku-liku hidup..
namun, ia tidak mematahkan semangat anak kecil ini
untuk bersaing dengan dunia globalisasi..
semoga insan istimewa ini dapat mencapai apa
yang diinginkan dalam hidup dan semoga
anak kecil ini berjaya di satu masa nanti bagi membuktikan
bahawa insan kerdil sepertinya mampu berjaya tanpa
belas dan kasihan daripada insan yang bergelar ibu bapa...

dan buat IRFAN.. we all love u as my brother yang paling cute..
n uncle arul doakan IRFAN tabah jalani kehidupan
dan semoga apa yang IRFAN cita-citakan tercapai..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..
sekian sahaja nukilan saya untuk kali ini dan semoga
kita berjumpa dilain waktu dan ketika..
Assalamualaikum WBT.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum.. salam diberi pembuka bicara..
wah, sopan nyer la budak ni...
anak sape la ni..
hehehe.. ok lah.. aku ada story nk citer ni..
walaupun korang tak nak dengar xpela..
ni blog aku!!! sukati la aku nak citer apa!!!
huahuahuahuahua.. gelak besar nampak..
22hb august 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430 hijrah..
hari ni semua umat islam diseluruh dunia
akan menyambut bulan keberkatan iaitu bulan Ramadhan.
tidak ketinggalan juga aku sekeluarga..

meriah rasanya bila bulan puasa ni..
teringat la pulak masa kecik2 dlu..
time bulan puasa ni.. jadi tokey mercun tu..
hahaha... mana aku dapat mercun tu???
ada orang sponser la wei.. nak taw sape??
pakcik gua.. haha koperal isa bin hassan...
ahaha.. dia la yang bagi aku mercun2 tu..
smua tu dapat hasil serbuan n operasi dia..
nak dijadikan cerita la kawan2..
tgh satu malam tu, kusyuk men mercun la..
umah flat, biasa la, budak2 ramai.. so ramai la puak..
aku n the geng pon konon nyer nak jadi gangster kampung pisang la..
pegi la ke kawasan kejiranan lain..

time tu berbekalkan mercun roket dan thunder clap..
kami pon menyusup masok..
jeng jeng jeng jengggg..... (muzik combat)
hahaha.. da tu saje la wat pasal kat sna..
mula2 gaduh2 mulut jer.. sampai satu ketika tu..
budak sana pon baling la mercun.. mak ai.. da mcm perang iraq da..
masing2 pon baling la motar masing2..
aku pon apa lagi.. kuar la mercun thunderclap aku..
selepas meneliti lokasi untuk di musnah kan..
sumbu dinyalakan.. 5..4..3..2..1.....
eeeeeeeee... ( bunyi thunder clap )

alamak!!!!!
sasaran thunder clap aku tersasar..
masuk umah orang lak tu..
berbekal kan selipar jepun da seluar pendek..
aku membuka seribu langkah..
dalam gelap tu, aku lari bagaikan lipas kudung kena api..
kedebukkk!!!!!! alamak.. sudah masok longkang la..
dan hasil nyer aku dapat ialah parut di mulut..
akibat terkoyak masa jatuh tu.. n kesan nya ada lagi sampai sekarang...

bila ingat2 kan balik, apa la nasib family yang umah dia kena tu kan..
mesti mengamok, mencarut kat aku..
hahaha.. minta maaf makcik n pakcik.. ( mcm la dorang men blog nk baca entry aku ni )
kekadang sedih juga bila bulan puasa ni..
terutama bila terkenangkan orang nak da xde..
arwah nenek aku salah satu daripadanya..
mungkin aku bukan cucu yang baik namun kau la segalanya bagi aku..
tiap kali bulan puasa, aku la yang selalu dpat duit lebih..
haha.. kenapa?? sebabnya nenek aku tinggal dgn fmly aku..
so aku la cucu yg tua dalam umah tu.. so apa2 keutamaan diberikan pada aku..

tapi kini semua nya da xde, hanya doa dan al-fatihah yang mampu ku berikan..
apa2 pun kehidupan mesti diutamakan..
segala apa yang terjadi sebelum ni dijadikan iktibar..
di jadikan amalan serta yang paling penting..
mesti la sentiasa bersyukur dengan apa yang kit ada sekarang ni..
ok la kawan2, cukup setakat disini saja entry untuk kali ni..
semoga kita berjumpa lagi..
dimasa dan hari yang akan datang..
salam sayang dari saya untuk anda semua..
Assalamualaikum WBT..

Thursday, August 20, 2009

Kembali Single

hidup solo..??
mungkin rasa sunyi..
tapi ni yang terbaik untuk aku..
biar la orang nk cakap apa..
jnji aku happy dgn kehidupan aku..
ok la smua.. jmpa lgi..
bye.. Assalamualaikum WBT

Makan Malam Yang Sihat??


makan malam yang sihat??
wah.. ni bukan sihat ni..
tp yang mengemok kan..
wakaka..
ni la menu makan malam aku..
tp bukan aku sorang je makan..
kongsi dgn family la..
hehe..
apa2 pon stay tuned ok..

Wednesday, August 19, 2009

Kuih raya la pulak..!!

Hari raya anda boring??
Tanpa juadah menarik??
Kami ada cara nya..

Biskut Cookies RM40/100 biji

Kuih Tat Nenas RM40/100 biji

Almond London RM43/100 biji

Sesiapa yang berminat sila hubungi:
Pn Azizah 012-9064035
Arul Daniel 017-6013711

Tuesday, August 18, 2009

Promosi Raya Special

Interested?

this?
this?
or this?

which one is cute for couple? anyone interested?
tell me..
rm65 per set


Prices are negotiable.

Monday, August 17, 2009

Futsal super sunday..

Fuhh.. berlecak gak ketiak aku ni...
penat balik men futsal kt sport planet ampang..
ni ada beberapa pic yg aku tangkap untuk di kongsi..
enjoy..

sampai terbaring-baring keletihan

mana pergi goalkepeer??

aku dengan apok keletihan

adam n bob yang agak seksi

Sunday, August 16, 2009

Bisness Puasa

X lama lagi bukan Ramadhan dah nak tiba..
wah, x sabar rasa nya nak sambut bulan puasa ni..
kenapa pulak??
yela... sebab bulan puasa ni setahun sebulan jer..
Aku dengan family aku da bercadang nk meniaga..
mcm-mcm da la yang ktorg plan..
nak meniaga ini la, itu la..
dan akhirnya..
telah membuat keputusan..
iaitu meniaga air..
hehehe.... sebelom2 ni aku ada meniaga gak..
jual air soya.. leh la tahan masyuk nyer..
so berbalik kepada cerita tadi..
family aku da plan nk jual air..
air soya, air mata kucing dan juga air asam boy..
so kalau nk tau di mana lokasi nyer..
leh la tgk map yg tersedia ok..

Buka dengan tenang.. biar bagi orang lain tengok..

haha.. pembukaan yang tenang..
kemenangan buat CHELSEA..
bagi yang lain bukak mata..
tgk kehebatan CHELSEA..
yang pasti akan buat kejutan
pada musim ini..
TO ALL CHELSEA FAN..
teruskan sokongan anda demi CHELSEA...
Sekian.. Assalamualaikum WBT.

Saturday, August 15, 2009

Yeahh yeahhh... da baik...!!!

yeahh... gigi aku da hilang da...
da g cabut da pg td...
best gila rasa nyer...
da leh tido lena da..
sampai meleleh air liur aku tidur td..
sbb nyenyak sangat2..
ok la..
nikmat wo..
jumpa lagi di lain entry..
Assalamualaikum WBT..

Friday, August 14, 2009

Dugaan Mu

setiap detik..
setiap saat..
setiap minit..
setiap jam..
setiap hari..
setiap minggu..

aku semakin parah, semakin terseksa, semakin menderita, semakin teraniaya dengan dugaan yang diberikan kepada aku. sakit gigi ku semakin teruk..

arghh.. kenapa sampai macam ni sekali yang aku patot alami.. kenapa?? kenapa aku?? dan kenapa juga bukan orang lain?? arggghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

hanya dia je yg taw betapa seksa nya aku, siang dan malam menderita.. Ya ALLAH, kau kurangkan la kesakitan yang aku alami ini, kepada kau aku meminta tuhan yang agung..

sekiranya ini balasan mu terhadap dosa-dosa ku, ku tempuhi dengan rela hati, demi kebaikan dimasa akan datang. tak tertanggung rasa nya aku dengan dugaanmu yang maha esa ini Ya ALLAH.

Aminn.. Ya Rabbalalamin..

Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH

Setinggi-tinggi Al-fatihah diucapkan kepada seluruh keluarga Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada jam 11.00pg tadi.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para mukmin yang beriman.. Amin ya rabbalalamin..

busuknyer!!

arghhhh... xtahan bau busuk...
kenapa??
sebab kat cc ni macam-macam bau ada..
malaun mana ntah yang datang bawa bau..
musibat betol la..

nasib baik la sebab aku nak print
kalau x
memang aku xnak
datang kt cc ni
lokasi??
berdekatan restoran rejab
desa pandan
atas dia

bau dia
adoyaiii... kalah tandas awam
kalah bau badan si malim kundang
kalah bau sampah
punya la busuk yang teramat

namun..
ku tempuh jua
segala halangan ini
untuk aku berjaya di masa
yang akan datang
dan juga di
masa
ini

ok la kawan2 semua
aku nk masok tito dlu la
jmpa lagi lain kali
di lain entry
majulah sukan untuk neraka
sekian shaja dari saya

salam sayang
dari selayang
semoga hari minggu anda
bertambah keceriaan
di pagi
lebarannn..

amin...
Assalamualaikum WBT..

Wednesday, August 12, 2009

korang nilai la sendiri

ada ke patot, kerajaan dok diam je bila H1N1 semakin berleluasa..
xde langkah jaga-jaga ke??
bukan nyer kita nak jaga tepi kain dorang..
masalah nya kain mak aku sendiri hilang,
xkan nak dok diam jer..

nak cakap dak kecik padahal da besar
nak cakap xde ilmu berlajar sampai keluar negara
nak cakap xde otak semua makhluk ada otak
mungkin otak dorang kt lutut la

topeng keselamatan??
berguna ke korang rasa untuk tangani
masalah penularan H1N1 ni
bagi aku
ia amat penting sesangat sangat
so, kerajaan apa tunggu lagi
nak bg sampai semua orang mati ke
ke ahli keluarga dorang yang mati
baru nak amik port hal ni

apa kata la.. aku bg cadangan kt korang
pendapat ni xde la sebernas sangat
cuma kena kuar modal sikit la
tp xde la bnyak mana pon modal nyer
apa kata korang bg setiap penduduk
kt malaysia yang semakin padat ni

sebuah topeng pernafasan tu
susah sangat ke??
adoyai..
kalau dulu masa jerebu leh je bagi free
ni pasal nya la
NYAWA WOIII!!!!
kalau korang x sayang nyawa korang
sayang la nyawa orang lain

malaun malim kundang betol la korang ni
jangan sampai para belia wat demostrasi nnt
pasal nak selamat kan nyawa

sekian
Assalamualaikum WBT.

Tuesday, August 11, 2009

disana ataw disini??

"disana hanya la menanti
sampai bila pun ku tak pasti
bertanya khabar melalui tinta
jarang sekali bertemu muka

namun kutahu dia setia
dan disini tetap menunggu
berada jelas dimataku
kasih tak luah terhadap aku
sanggup menunggu kata putusku
sayang ketabahanmu menawan ku

mesti korang ingat lagi kan ayat kat atas tu..
lagu dendangan kumpulan ukay's yang bertajuk
disana menanti disini menunggu

adoi.. tu la dia. perumpamaan dengan apa yang aku alami sekarang
ni, macam-macam dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 786 akhamdulillah syukur..

wah.. siap bernyanyi lak aku ni..
hahaha..
sebenar nya ntah la.. aku sendiri xtaw kenapa aku tulis
benda ni, aku yang terhegeh-hegeh ke ataw
sebenarnya aku yang buta,
tapi aku masih nampak alam dunia ni..
sah!!! memang betul orang cakap yang aku ni
TAK BUTA

xpun dorang tu yang buta kot.. (no komen)
tp bnda ni la yang aku rasa sekarang..
bagi insan yang mungkin berkait dengan cerita aku ni..
terlebih dahulu
AMPUNKAN KAMI PENUNGGU GUA
hehehehe

aku tulis ni pun just nak luahkan apa yang aku rasa
kalau korang terasa
tu korang punya pasal la
sebab aku x makan cili, so x rasa la pedas nya
wakakakaka..

ok lah.. tu je aku nk kongsi dengan korang
wa halap lu olang tuka hati wo
talam tayang tali taya untuk tamu temua

sekian
Assalamualaikum WBT.


Monday, August 10, 2009

1023 sila ke bilik 3 ok!!

wah.. terbayang2 panggilan nurse.. (harap2 nurse yang cantik n seksi)

kenapa?? aku nak berkhatan lagi ke?? (da dlu msa darjah 5)

ishh!! tidak mungkin.. sebenar nya aku nak bertarung nyawa sebentar lagi...

bertarung nyawa?? (nak g berperang ke?)

tak lah, aku nak g cabut gigi la.. (lepas azab woo)

ok smua, doakan selamat yer perjalanan ku ini..

sekian, Assalamualaikum WBT..

Deco bersama KELUARGA ASIFAA

hahaha.. asifaa?? tu la nama yang parent aku buat untuk family aku.. meh aku terangkan dlu apa tu asifaa:

  • A - untuk mak aku AZIZAH
  • S - SHAH sape lagi kalau bukan bigboss aku tu.. hehe
  • I - INDRUL iaitu jejaka paling cool dalam family (aku la tu)
  • F - adik aku no 2 nama nya FITRI
  • A - AZMERAH tu plak adik aku yang no 3 (menci dia.. weeekkkk)
  • A - untuk yang terakhir iaitu adik aku AMIRUL
pada tepat jam 10.30 pagi, 9th august 2009, aku dikejutkan dengan panggilan kecemasan yang membuat kan mimpi indah tu terbantot.

"abang!!!! bangun!! ayah suruh kemas umah.. da cukup2 la tido tu...!!!"

aduih.. potong btol la, ari minggu patot nya aku lepaskan rindu kat bantal busuk aku puas-puas, ni tak, da nak kena bangun lak..

muka penuh selebet lalu bangun dan terus wat keje tanpa mandi or gosok gigi ( gigi sakit).
aku pun mulakan keje, maklom la nak tukar tikar getah baru (orang miskin, xde marmar dalam umah).

selepas siap smua tu, mak aku leh ajak g tesco ampang, da la x mandi, aku pun bawak la, rupa nya dia nak g beli tikar buluh.. nak letak kt meja makan.. kira berseri la juga umah aku kalau
korang datang beraya nanti.

lepas siap smua tu, apa lagi, sambung la tido balik, wah bangun2 sedar da pkol 9 malam. smua
solat aku terlepas, dan lepas tu apa lagi.. tgk bola la..

CHELSEA CHELSEA... CHELSEA CHELSEA.....

menang jgak team aku malam tadi.. berdebar jugak jantung aku, namun dalam happy tu, ada je yang x best nyer, gigi aku wat hal lagi.. so, arini aku amik cuti, nak pegi cabut gigi..

SELAMAT TINGGAL GIGI LAMA KU.. KU SEMADIKAN MU DI PASU BUNGA NANTI..

sekian saje yang nak diluahkan daripada tak terluah hingga meluah2 rasa sayang antara manusia.. hehehe... sekian Assalamualaikum WBT.

Thursday, August 06, 2009

kuih raya dan baju raya

Wah.. raya nak dekat ni
lagi sebulan lebih jer
meriah nyer rasa kalau da nak raya
namun ada masalah juga ni
masalah nya ialah pasal dua benda ni
tak raya la kalau benda ni xde kt rumah korang
hehe
so, jangan pikir raya lagi
pikir la pasal puasa tu
penuh kan dulu puasa anda
terutama pada KAUM HAWA
wakakakaka
selamat berpuasa bagi yang muslim
semoga bulan puasa ni kita perolehi kesempurnaan
kehidupan yang bertambah manfaat
aminnnn.......

Wednesday, August 05, 2009

Persatuan Kompang Desa Pandan

Kumpulan Kompang Desa Pandan adalah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 70an. Kini warisan ini diperturunkan kepada anak-anak muda, remaja dan belia. Motif utama adalah bagi mengelakkan anak muda dari terjerumus ke kancah yang tidak bermoral. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, sila lihat pada keterangan di bawah:



Jadi, kepada yang ingin membuat tempahan, boleh la menghubungi no yang tertera. Akhir kata dari saya adalah, KEPUASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI. Sekian sahaja. Assalamualaikum WBT.

Cinta dan Kawan

Huh! makin hari aku makin bosan nak pikir hal ni. Masalah ni pun kalau nak ikut hal yang Najib pikir pun xde besar macam ni. CINTA?? cinta tu suci la konon nyer, indah la rasa nya, happy la nikmat nya. Wat aku jadi makin bosan ada la.. SOLO?? lagi bagus.. xde beban nak pikir, pikir hal kita jer kan.. KAWAN?? ada yang leh pakai n ada yang leh campak longkang. So, kesimpulan nya ialah, KORANG PIKIR LA MACAM MANA YANG KORANG NAK sebab aku da taw apa yang aku nak. Ok bye.. Assalamualaikum WBT.

Tuesday, August 04, 2009

Kaya.. kaya...dan kaya...

Wah.. minggu ni aku rasa paling happy sangat.. kenapa?? mungkin sebab aku ni kanak-kanak istimewa kot.. tu pasal happy.. hehe.. xde la.. sebenarnya minggu ni minggu aku paling banyak dapat duit.. sama ada yang Halal mahupun yang Haram. Ok, kita muka kan dari yang Halal dlu la.Pertama sekali, aku dapat duit dari function men kompang.. dapat la sket duit wat pegi beli beg.

Nak di tambah keseronokan nyer, ada la member aku nak burn CD kt aku. Tu pun da dapat lagi duit poket. Memang meriah la rasa nya. Nak tambah lagi meriah nya, semalam, aku telah memang loteri SPORTS TOTO 4D, aku amik no kereta bapak aku 4225, saje la just suka-suka, sebab kebetulan aku order kt member aku, skali tgk result dapat saguhati. RM200 dlam sehari, sape x heppy kan.

Sampai je dekat rumah aku pun bagi la tahu dekat ayah aku yang no kereta dia naik, tiba-tiba aku tengok kelakuan ayah aku pelik, apasal lak orang tua ni, buang tebiat ke apa. Rupa-rupanya dia pon ada beli, tapi dia lagi up dari aku, sampai RM5 dia beli. Wow!! sudah kena RM1000 orang tua ni. Kaye gila dia, sampai kan semalam x sempat-sempat dia nak pegi tukar duit.

Tapi tu la, orang kata judi ni haram, so korang jangan la men judi ni, berdosa beb, taubat la banyak-banyak. Aku ni pun bukan selalu berjudi macam dorang- dorang smua tu, yang sekali beli sampai beratus-ratus. Ok lah.. Akhir kata, JUDI HARAM DISISI AGAMA ISLAM..

Sunday, August 02, 2009

Laksamana Tai Kun Dur

Pada zaman empayar cina kurun si kambing gurun, Maharaja cina iaitu Arumugam a/l muniandi (pelik nama maharaja cina ni, mcm nama india la plak) mempunyai isteri yang lawa dan cantik, kalah erra fazira. Setiap kali pergi berperang (perang mulut) baginda risau akan keselamatan isteri nya lalu bercadang mencari panglima untuk mengawal isteri nya.

Maharaja ada akal iaitu bakal panglima itu msti la seorang yang MATI PUCUK, ini kerana tak mungkin dia akan bermain kayu tiga bersama isterinya. Lalu diumumkan kepada rakyat jelata akan berita itu. Maka hari yang ditunggu telah pun tiba, ramai yang datang untuk temuduga. Saringan mengambil kira aspek ketahanan, kepantasan, kepintaran dan keberaian.

Akhirnya hanya 5 orang saje yang ke peringkat akhir. Peringkat ini menguji tahap seksual bakal panglima maka diberi setiap gendang dan dihalakan di hadapan kemaluan 5 pemuda tersebut. Syaratnya ialah, gendang siapa yang berbunyi, maka kalah la pemuda itu, ini kerana jika pemuda mencapai tahap klimak, makan kemaluan yang tegang akan bangung dengan sendiri.

Dayang-dayang di tasik dayang bunting pun masuk ke balai istana, lalu melakukan aksi menghairahkan bagi menaikkan nafsu 5 pemuda tersebut. Selang 10 minit, tiba-tiba kedengaran gendang 2 pemuda berbunyi. Tung...tung...tung.. maka terkeluarlah 2 pemuda tapi, selepas beberapa minit, kedengaran lagi gendang dari seorang pemuda berbunyi. Tung..tung..tung... maka tinggal la 2 orang pemuda yang masih bertahan.

Wah, persaingan semakin sengit, bakal panglima yang dicari benar-benar tahan nafsu. Maka dipanggil pula dayang yang lebih seksi (turut kelihatan dayang nurfaezah serta dayang ku intan). Maka aksi pun bermula, agak lama juga maharaja menunggu keputusan, hampir 1 jam dan akhirnya gendang salah seorang pemuda berbunyi, kini panglima yang dicari-cari telah pun dijumpai.

Baginda terus menabalkan pemuda itu sebagai panglima negara, Mesti korang ingat yang dia ni benar-benar mati pucuk kan, tapi korang salah, yang sebenarnya gendang pemuda ini telah pun kerkoyak pada awal-awal lagi, yang mana kemaluan pemuda itu telah mengetok gendang sampai pecah dengan hanya sekali ketukan. Dan kemaluan pemuda itu tersekat pada kulit gendang tersebut. Tu la pasal tak bunyi-bunyi.

Akhir kata, memang siap la isteri maharaja tu nanti jika ketiadaan baginda, memang kena sup tulang la isteri baginda, tengok lah, betapa bodoh nya akal maharaja, sampai wat benda macam tu.. hehehe.. Semoga kita berjumpa di lain kali. Assalamualaikum WBT.