BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

๑۩۞۩๑ our local ๑۩۞۩๑

hear it.. feel it.. u can do it..

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, October 07, 2010

GOLD SLIMMING FOOT DETOX PATCH





GOLD SLIMMING FOOT DETOX PATCH
PRODUK 2in1 ♥ Grab it now~~ ^^y

(Kandungan Herba : 90% SLIMMING + 10% DETOX)

GOLD Detox Foot Patch. 100% Original

Gold Slimming Foot Patch ini adalah dihasilkan berdasarkan pada produk Detox Foot Patch, tetapi ditambah dengan kandungan tambahan yang memberikan kesan tambahan iaitu slimming function. Dengan patch ini, pengguna bukan sahaja akan dapat membuang toksin di dalam badan, tetapi dapat menjadikan badan pemakai lebih anggun dengan adanya fungsi pelangsingan. Ini bermakna toksin dan lemak berlebihan akan dikeluarkan melalui penggunaan Gold Slimming Foot Patch ini.

Functions:
-detoxification
- slimming
- metabolism
- enhance immunologic
- prevent constipation
- improve skin condition
- prevent smelly foot
- cell activation
- anti-aging
- support blood circulation
- improve quality of sleep
- help to relieve the burden on the immune system

BRAND: Jun Gong (Made in Korea)

Harga pasaran : RM2.50- RM4/pcs

Harga jualan: RM 2.00/pcs

WARNING: ELAKKAN PATCH TIRUAN, PATCH TIRUAN SUDAH BERLELUASA, PATCH ASLI MEMPUNYAI TANDA HITAM PADA BUCU SETIAP PAKET~~ ♥~~HATI2 DLM MEMBELI MUNGKIN BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN~

Wednesday, March 17, 2010

Jalan Pell

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera..
Uuuuwwwwaaaaaa... sebak sangat2..
perasaan gembira bercampur sedih..
yang gembiranya adalah kerana
aku ditawarkan penempatan tetap di Jalan Peel
dan yang sedih nyer berjauhan dengan smuarakan2 di Pos Besar, Dayabumi....
namun semua ni pasti akan ku tempuh..
dan semoga segalanya berjalan lancar.

Sunday, March 07, 2010

PWTC & PANDAN PRIMA

huh..!!! letih nyer esok nk g relief..
kat PWTC n ari khamis kat Pandan Prima

seperti biasa la.. bila da relief..
aku pon mula la sogan..
yela.. jumpa otai2 lama..
anyway.. harap la dorg smua ok..
so syok sket keje..

kalau straight mmg susah sket la..
apa2 pon nk tido dlu..
jmpa lgi smua.. bye..
assalamualaikum wbt..

Wednesday, February 24, 2010

CHELSEA vs INTER MILAN

CHELSEA vs INTER MILAN
this tonight..!!!


so..!!! tengok jela...

Tuesday, February 09, 2010

KMK SYG SAMA KTK..!!! KENAK NYA..???

Assalamualaikum wbt uwat ktk urg smua..
apa yg ingin di tutur kmk bukan la cerita cinta..
tp.. kmk ingin sgt kongsi sama ktk urg semua..

chewaahhh... cakap serawak beb..
penagan rosli dhobi dek cerita pahlawan
negeri sarawak..

dalam keadaan kusut umpama tahi baru
diusung lalat, bercampur kuah mee meggi
yg dah 14 purnama bergelumang embun pagi
aku jadi tak menentu.. ataw dalam ayat saintifik
nya ialah exkelandon dimare ghambi
ataw dlm bahasa pasar nyer.. jatuh cinta..

erti cinta bukan pada pasangan semata..
mahupun juga pada kekasih..
cinta dalam erti kata sepanyol bermaksud
cuba intai nak taw apa (cinta @ skodeng)
inilah yg kita cari..

haha.. kekalutan tengah malam semakin
merosak kan pemikiran belia yg bakal memimpin
malaysia tatkala tiada lagi askar kerana cuti sakit.
namun.. cukup la smpi disni cerita ini dihabiskan
sebelom pak lah mengamuk kembali untuk
merampas tahta dek terbaca artikel mengarut aku
hahaha.. sekian wassalam..

Monday, February 08, 2010

KELAHIRAN..!!! MULUT LONGKANG..!!! MC DAN MC LAGI...

Assalamualaikum WBT untuk smua..
selamat sejahtera untuk rakan2 sekalian..
fuuhh..!!! penat gila rasanya semalam..
mcm2 benda yang aku buat..
smua ni aku nk kongsi bersama korang..
antara nya ialah....

1. kelahiran E kali lima ataw nama lain EX5 ku
yg baru.. berubah wajah dari putih ke merah..
smua ni semperna gong xi fa cai yg x lama lagi..
hehe.. xdela,, aku saje je nk tukar..
sbb bosan dgn warna putih.. dalam erti kata len..
moto tu da x sarupa moto da..

2. kepada mulut2 longkang yang mengutuk
pasukan kesayangan ku.. (CHELSEA)
ni ada sikit ole2 untuk kengkorang semua..

so.. amik ni ha...!!!

ko jgn ingat drogba xde kaki nak men..
so.. please diam wahai si kalah.. hahaha



3. so dalam keletihan membuat moto
di tambah bersengkang mata x tido
melihat aksi rancak arsenal vs chelsea..
hari ni aku mc.. bukan sbb malas nak keje..
atas sebab2 yg x dapat di elak kan..
so.. tu sbb aku ada masa nk update blog ni..

ok lahh... jmpa anda smua dilain kali..
semoga hidup anda sentiasa aman..
dan akhir kta.. jmpa kami di melaka
pada tahun baru cina tahun ni...
sekian... Assalamualaikum WBT....

Monday, January 25, 2010

SG.SENDAT.!!! THAIPUSAM..!!! TAHUN BARU CINA..!!!!

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera..
bertemu lagi dalam entry kali ni..
lama da x update blog.. sibuk dan sibuk dan sibuk..
tu jer la ungkapan yg mampu aku ungkapkan..
dan sepastinya KEPENATAN yang ku alami..

namun dalam kesibukan yang dilalui..
last week aku sempat la konvoi beramai2..
walaupun cuma 9 biji moto.. kira da ramai la tu..
ktorang pon g la mandi manda di SG.SENDAT..
lokasi yang agak terpencil di tengah2 ulu yam..

bertolak jam 3 ptg.. akhirnye sampai jam 5 ptg..
bukan lama maner pon.. cuma agak tersasar sket..
namun smua tu terbayar dengan limpahan air terjun
yang begitu mengasyikkan.. perghhh..!! syok ma..!!!


beberapa motorsikal yang digunakan

air terjun sungai sendat

sempat bergambar seketika

click disini untuk gambar berikutnyer (jangan marah ha..)

dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
HAPPY THAIPUSAM dan GONG XI FA CAI
untuk semua rakyat di malaysia ini..
dengan dasar semangat 1 MALAYSIA
mari la kita memupuk amalam cintakan tanah air..
dan semoga berjumpa lagi di lain entry.. sekian..
Assalamualaikum WBT..

Tuesday, January 12, 2010

BUSY..!!! KAWAN..!!! LEPAK..!!!

Assalamualaikum WBT untuk semua..
berjumpa lagi kita di entry yang ini..
fuhh..!!! lama juga x update blog ni..
almaklom la busy memanjang..
dengan kerjaya baru.. agak keletihan juga
la aku nak menanggung nyer..

dalam keadaan yang agak ekstrem ni..
kadang2 jadi syok pulak..
yela.. dalam suasana kerja yang baru..
dengan teman2 sekerja yang baru..
ini adalah pengalaman yang x dapat aku
lupakan..

ramai yang kata kalau keje tempat baru
kita akan dibuli... OH TIDAK..!!!!
namun tu semua kata2 orang..
bagi aku yang merasa, aku rasa lain sangat..
walaupun aku baru lagi, namun layanan nyer
tetap sama.. tidak kira baru ataw lama..
aku dilayan macam keluarga..

namun pada teman2 lama semua..
bukan aku ni menyombong diri kt korg..
yela.. lama x lepak dgn korg..
tp aku x pernah lupakan korg smua..
hehee.. aku tetap arul yang dulu..
oklah semua.. semoga berjumpa lagi nnt..
Assalamualaikum WBT..

Wednesday, September 09, 2009

penting ke tarikh ni..

09.09.09

penting sangat ke tarikh ni..
macam-macam benda
yang nak buat pada tarikh ni..
kenapa tak
pada tarikh yang lain...??

antara yang ada ialah..:
ROAD SAFETY
HARI RADIO SEMALAYSIA
HARI RABU


lantak la.. aku x amik port pon benda2 ni...
lantak la org nak cakap
ada aku kisah..???


Sunday, August 16, 2009

Bisness Puasa

X lama lagi bukan Ramadhan dah nak tiba..
wah, x sabar rasa nya nak sambut bulan puasa ni..
kenapa pulak??
yela... sebab bulan puasa ni setahun sebulan jer..
Aku dengan family aku da bercadang nk meniaga..
mcm-mcm da la yang ktorg plan..
nak meniaga ini la, itu la..
dan akhirnya..
telah membuat keputusan..
iaitu meniaga air..
hehehe.... sebelom2 ni aku ada meniaga gak..
jual air soya.. leh la tahan masyuk nyer..
so berbalik kepada cerita tadi..
family aku da plan nk jual air..
air soya, air mata kucing dan juga air asam boy..
so kalau nk tau di mana lokasi nyer..
leh la tgk map yg tersedia ok..

Buka dengan tenang.. biar bagi orang lain tengok..

haha.. pembukaan yang tenang..
kemenangan buat CHELSEA..
bagi yang lain bukak mata..
tgk kehebatan CHELSEA..
yang pasti akan buat kejutan
pada musim ini..
TO ALL CHELSEA FAN..
teruskan sokongan anda demi CHELSEA...
Sekian.. Assalamualaikum WBT.

Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH

Setinggi-tinggi Al-fatihah diucapkan kepada seluruh keluarga Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada jam 11.00pg tadi.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para mukmin yang beriman.. Amin ya rabbalalamin..

Wednesday, August 12, 2009

korang nilai la sendiri

ada ke patot, kerajaan dok diam je bila H1N1 semakin berleluasa..
xde langkah jaga-jaga ke??
bukan nyer kita nak jaga tepi kain dorang..
masalah nya kain mak aku sendiri hilang,
xkan nak dok diam jer..

nak cakap dak kecik padahal da besar
nak cakap xde ilmu berlajar sampai keluar negara
nak cakap xde otak semua makhluk ada otak
mungkin otak dorang kt lutut la

topeng keselamatan??
berguna ke korang rasa untuk tangani
masalah penularan H1N1 ni
bagi aku
ia amat penting sesangat sangat
so, kerajaan apa tunggu lagi
nak bg sampai semua orang mati ke
ke ahli keluarga dorang yang mati
baru nak amik port hal ni

apa kata la.. aku bg cadangan kt korang
pendapat ni xde la sebernas sangat
cuma kena kuar modal sikit la
tp xde la bnyak mana pon modal nyer
apa kata korang bg setiap penduduk
kt malaysia yang semakin padat ni

sebuah topeng pernafasan tu
susah sangat ke??
adoyai..
kalau dulu masa jerebu leh je bagi free
ni pasal nya la
NYAWA WOIII!!!!
kalau korang x sayang nyawa korang
sayang la nyawa orang lain

malaun malim kundang betol la korang ni
jangan sampai para belia wat demostrasi nnt
pasal nak selamat kan nyawa

sekian
Assalamualaikum WBT.

Thursday, August 06, 2009

kuih raya dan baju raya

Wah.. raya nak dekat ni
lagi sebulan lebih jer
meriah nyer rasa kalau da nak raya
namun ada masalah juga ni
masalah nya ialah pasal dua benda ni
tak raya la kalau benda ni xde kt rumah korang
hehe
so, jangan pikir raya lagi
pikir la pasal puasa tu
penuh kan dulu puasa anda
terutama pada KAUM HAWA
wakakakaka
selamat berpuasa bagi yang muslim
semoga bulan puasa ni kita perolehi kesempurnaan
kehidupan yang bertambah manfaat
aminnnn.......

Wednesday, August 05, 2009

Persatuan Kompang Desa Pandan

Kumpulan Kompang Desa Pandan adalah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 70an. Kini warisan ini diperturunkan kepada anak-anak muda, remaja dan belia. Motif utama adalah bagi mengelakkan anak muda dari terjerumus ke kancah yang tidak bermoral. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, sila lihat pada keterangan di bawah:



Jadi, kepada yang ingin membuat tempahan, boleh la menghubungi no yang tertera. Akhir kata dari saya adalah, KEPUASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI. Sekian sahaja. Assalamualaikum WBT.